Rebut Saham Akhirat: Setiap Sumbangan Anda Melahirkan Ulama Pewaris Anbiya
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (yang berterusan), atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)
Berlandaskan hadis ini, Darul Tauhid dengan rendah hati membuka pintu dan menjemput Tuan/Puan untuk menanam saham akhirat yang tidak akan terputus.
Sumbangan ikhlas anda akan disalurkan untuk pembangunan bangunan pondok, penyediaan kelengkapan mengaji, dan menampung keperluan harian para pelajar yang sedang berjuang di jalan ilmu.
Insya-Allah, setiap huruf yang dipelajari, setiap amalan yang dihidupkan, dan setiap ilmu yang disebarkan oleh mereka akan menjadi saham amal jariah yang pahalanya terus mengalir untuk anda, sekalipun selepas kita tiada lagi di dunia ini.
Semoga Allah SWT menerima amal ini dan mengganjarkannya dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat.
BANK ISLAM MALAYSIA NAMA AKAUN: PERTUBUHAN DARUL TAUHID
NO. AKAUN: 05067010012194