Thursday, September 4, 2025

Kontraktor Pembinaan & Renovation Darul Tauhid Construction

Share & Comment
Darul Tauhid Construction Enterprise (KT0493674-T) adalah sebuah syarikat kontraktor hak milik bumiputera sepenuhnya yang berpusat di Terachi, Negeri Sembilan. Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dan kepakaran dalam bidang kerja-kerja Pembinaan (construction) dan Ubahsuai (renovation) rumah, pejabat, sekolah, kilang dan sebagainya.

Mempunyai tenaga kerja yang terdiri daripada bumiputera yang mahir dan berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan, Pengurusan Kontraktor, Ubahsuai dan Pereka Dalaman, Juru Teknik dan Buruh Mahir. Kami juga mampu memenuhi kehendak sesuatu projek untuk disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua pihak. Kami juga sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan dengan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

Apa yang anda perlu tahu tentang Darul Tauhid Construction (DTC)?

Setiap keuntungan yang diterima daripada DTC, 50% daripadanya akan disumbangkan terus kepada Pondok Pesantren Darul Tauhid, Negeri Sembilan sebagai tanggungan pelajar pondok yang akan meneruskan pengajian mereka ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan Pengajian Tradisional Timur Tengah khususnya di Yaman. Sumbangan yang disalurkan juga dijadikan dana bagi menampung setiap perbelanjaan harian yang diperlukan oleh Pondok Pesantren Darul Tauhid.

Servis kami :
  •  Membina & Ubahsuai Rumah, Kedai, Pejabat & Bangunan
  •  Bathroom & Toilet Renovation
  •  Concrete Table Top & Kitchen Cabinet
  •  Kerja-Kerja pemasangan Tiles & Mozek
  •  House, Kitchen,Porch,Room Extension
  •  Kerja-Kerja Pemasangan Grill & Awning
  •  Repair Dan Pemasangan Bumbung
  •  Plaster Ceiling And Cornice
  •  Interior Design (ID)
  •  Laminate Flooring
  •  Cat Rumah (Painting)
  •  Kerja-Kerja Pendawaian Elektrik Dan Pemasangan Perkakas Elektrik
  •  Kerja-Kerja Pemasangan CCTV, Alarm System Dan Autogate (Security System)
  •  Dan Lain-Lain Yang Berkaitan

Contoh Projek Yang Sedang Dijalankan Oleh Darul Tauhid Construction







Tags: ,
 

Facebook Darul Tauhid

DOKUMENTARI DARUL TAUHID

Copyright © PONDOK PESANTREN DARUL TAUHID TEMPLATEISM.COM