Friday, October 27, 2017

Buletin Darul Tauhid

Share & Comment

Khamis 26 Okt. 2017 - Usai solat Isyak di Pondok Pesantren Darul Tauhid, mudir Pondok Darul Tauhid, Al-Fadhil Ustaz Hazly menjemput Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Dr. Muhammad Yusry (Pengerusi Darul Tauhid) untuk menyampaikan ucapan kepada santri-santri Darul Tauhid.

Ucapan beliau berkisar kepada pengalaman menuntut ilmu daripada peringkat sekolah sehingga peringkat PhD serta perjalanan beliau bertalaqqi dengan ulama-ulama pondok tempatan termasuk Tuan Guru Syaikh Abdul Raof (Pondok Tampin) & Almarhum Kiyai Mufrad. Ia sedikit sebanyak memberi motivasi & inspirasi kepada para santri.






















Seterusnya Al-Fadhil Tuan Guru Dr. Muhammad Yusry menasihati para santri untuk belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian. Sementara hala tuju santri selepas tamat pengajian di Darul Tauhid akan diuruskan oleh pihak Darul Tauhid mengikut kesediaan santri sama ada ingin menyambung ke universiti atau terus mendalami ilmu di pondok-pondok pesantren tempatan atau luar negara.
Tags: ,
 

Facebook Darul Tauhid

DOKUMENTARI DARUL TAUHID

Copyright © PONDOK PESANTREN DARUL TAUHID TEMPLATEISM.COM