Alhamdulillah Pondok Pesantren Darul Tauhid kini memasuki fasa pembinaan pondok pelajar dan surau. Sebuah surau tradisional kayu terbuka (44 kaki x 64 kaki) akan dibina dalam waktu terdekat. Surau ini berperanan sebagai pusat ilmu turath selain ruang solat pelajar pondok. Pembelian tiang-tiang kayu diperlukan segera di mana pembinaan surau memerlukan tiang kayu besar sebanyak 48 batang.
Pondok-pondok pelajar juga akan segera dibina menggunakan sumbangan waqaf pondok yang telah terkumpul. Setakat ini sumbangan waqaf pondok mampu menampung kos pembinaan lebih kurang 6 buah pondok dimana setiap pondok berharga RM 6-7 ribu sebuah. Sumbangan waqaf/infaq masih diperlukan untuk menampung pembinaan seterusnya termasuk rumah guru, serta lain-lain fasiliti pondok.
Sehubungan dengan itu kami membuka ruang kepada Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan/waqaf/infaq bagi merealisasikan pembinaan tersebut. Setiap sumbangan akan kekal sebagai amal soleh yang tiada penamatnya InsyaAllah.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 05-067-01-001219-4 atas nama Pertubuhan Darul Tauhid.
PERTUBUHAN DARUL TAUHID NEGERI SEMBILAN
Lot 953 Mukim Terachi, Jalan Kuala Pilah,
71500 Tg. Ipoh, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus☎ 019 650 1837 (Hj. Fauzy - Bendahari)
☎ 018 989 2601 (Hotline)
✉ pondokterachi@gmail.com
📱 facebook.com/darultauhidn9
📱 instagram.com/darultauhidn9
